SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERHARI RAYA

Tuesday, June 22, 2010

RAWATAN PENYAKIT KULIT...

Nama : Hafizah

Alamat : Sepintas, Sabak Bernam

Sepintas, tempat tinggal saya adalah sebuah kampung yang kebanyakan tanahpersekitarannya adalah terdiri dari kebun kelapa atau kelapa sawit. Keadaan redup dalam kebun tersebut menjadi habitat kegemaran nyamuk. Gigitan nyamuk adalah satu perkara yang mustahil untuk dielakkan, samada siang atau malam. Kadang-kadang gigitan nyamuk tersebut meninggalkan kesan bintik-bintik merah dan menjadikan kulit sentiasa gatal. Keadaan tergaru-garu membuat saya kadang-kadang merasa malu. Mujur terlintas difikiran saya untuk mencuba Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) yang ada dalam simpanan ayah, sebagai ubat sapu. Kini saya lega, kegatalan serta kesan gigitan nyamuk tidak lagi menjadi masalah saya. Lebih menarik lagi kulit saya kelihatan halus dan segar semula.

Nama : Muhammad

Alamat : Bt 1, Jln Feri, Sabak Bernam

Anak saya berumur 8 tahun. Kegemarannya memancing ikan dan mencari 'spider' untuk peliharaan. Keadaan ini mendedahkannya kepada risiko gatal dan sakit kulit. Januari 2006 ia mengalami kudis yang agak teruk pada betis dan peha. Seperti yang dimaklumi oleh semua orang ubat yang biasa terdapat di pasaran hanyalah ubat sapu dan krim...... tak tau berapa puluh jenis yang telah saya gunakan untuk anak saya. Akhirnya seorang kawan mencadangkan saya untuk mencuba minyak kelapa dara (Pure) sebagai ubat sapu. Kini (19hb Jan 2006) kudis anak saya telah sembuh, dan saya tidak perlu berbelanja lebih untuk ubat-ubatan lain, dan penggunaannya (minyak kelapa dara) pun sangat menjimatkan.

Nama :Ali Bin Hudzori

Alamat : Tmn Seri Nakhoda Omar, B.N.O, Sabak Bernam

Saya seorang pelajar tingkatan enam, dan tinggal di asrama yang persekitarannya adalah ladang kelapa sawit. Adalah menjadi 'rutine' pelajar asrama menjalani 'prep' pada waktu malam. Cahaya terang dalam kelas di mana kami belajar, rupanya mengundang berbagai jenis serangga yang berbagai ke dalam bilik yang sama. Sejenis serangga terbang, kecil seperti 'Semut Selangor', tetapi ekor berwarna seperti tebuan menjadikan saya dan kawan-kawan gelisah. Gigitannya perit dan meninggalkan kesan ruam dan kemudian bertukar kepada keadaan melecur yang teruk. Kebetulan cuti hujung minggu sewaktu balik kerumah keadaan saya disedari oleh jiran, yang kemudian mengsyorkan untuk menggunakan minyak kelapa dara (Pure) sebagai ubat sapu. Sekitar seminggu keadaan kulit saya pulih seperti sediakala. Begitu juga kawan-kawan asrama saya yang turut sama menggunakannya.

Nama : minta dirahsiakan

Alamat : Sg. Besar, Selangor

Saya seorang peniaga. Banyak sudah wang saya laburkan untuk perniagaan saya. Masalah datang bertimpa-timpa, seakan tiada kesudahannya. Namun bayang-bayang untung dan kejayaan masih tidak kelihatan. Disamping perniagaan banyak perkara lain yang terpaksa saya fikirkan, termasuk keluarga dan anak-anak yang bertebaran tinggal di asrama (termasuk pembelajarannya, perbelanjaannya, serta keselamatannya). Kadang-kadang tidur tidak nyenyak dan selalu terganggu oleh mimpi-mimpi yang menekan perasaan. Pada peringkat awal kesan ketara yang saya alami ialah rambut secara keseluruhannya menjadi halus seperti rambut bayi diikuti keguguran rambut yang teruk. Cuma dengan sekadar usapan pada kepala sudah cukup untuk rambut saya gugur. Akhirnya saya dapati bahagian atas kepala saya sudah mula kelihatan kulit, dengan rambut yang sudah terlalu jarang. Risau dengan keadaan tersebut saya berikhtiar mencari penawar. Mujur saya terjumpa Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure dan + Honey) Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) saya sapukan di kepala setiap malam sebelum tidur dan minyak kelapa dara + madu saya minum satu sudu setiap hari. Kini masalah rambut gugursaya telah selesai dan secara kseluruhannya rambut saya sudah segar kembali sepertimana ketika saya remaja dahulu - bilah rambut kerasi serta hitam bersinar kembali.


TESTIMONI & KES DALAM PENGENDALIAN PROF. JON J. KABARA

Prof. Jon J. Kabara head of Biochemistry and Pharmacologi of Michigan State University.

Berikut adalah kenyataan Prof. Jon J Kabara terhadap pesakit jantungnya.

“ Maria, seorang penghidap sakit jantung, diberitahu oleh doktor pakarnya, (ahli kardiologi) bahawa dia hanya mempunyai masa sekitar lima tahun untuk hidup. Diantara salah satu gejala umum sakit jantungnya adalah cardiac arrhythmia, dimana degupan jantungnya berlaku tidak teratur. Arrhytmianya begitu parah sehingga doktor mendesak agar dia memasang pacemakeryang diimplan atau di tanam di dalam dadanya. Dia menolak kerana masih ingin mencuba beberapa kaedah yang lebih alami, tetapi gejalanya tetap sama bahkan semakin buruk. Saya memberitahunya tentang minyak kelapa dara dan dia mulai mengkonsumsinya seperti suplemen lain. Diminum 4 sudu makan setiap hari. Hasil pada hari pertamanya dia melapurkan bahawa arrhytmianya menurun sebanyak 50%. Dia memberitahu dan mengakui bahawa keadaan ini merupakan degup jantung yang paling rendah dan perlahan yang pernah dia rasakan sejak sekian lama. Dia memperakui bahawa dia tidak pernah menemui sebarang ubat sedemikian baiknya. Sehingga kini dia terus mengkonsumsi minyak kelapa dara dan jantungnya berfungsi dengan secara lebih normal ”.

Nama : minta dirahsiakan

Alamat : Seksyen 3, Shah Alam

Saya seorang jurutera lulusan sebuah universiti Jepun. Isteri saya juga seorang warga negara Jepun yang sangat peka tentang pemakanan dan ubat-ubatan dalam keluarga. Sedapat mungkin segalanya mestilah benar-benar dari hasilan organik. Terbaru anak kecil saya mengalami ruam pada kulit. Isteri saya enggan memberikan ubat sapu yang saya perolehi dari klinik berhampiran. Saya bimbang, kalau penyakit kulitnya bertambah parah. Mujur saya menemui Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak isteri saya. Hasilnya tidak mengecewakan.


Nama : Syed

Seorang pelanggan yang bernama Syed telah lama menderita sakit migrain iaitu sejak 5 tahun yang lalu. Sakit migrain yang dialaminya sangat mengganggu tugas dan aktiviti sehariannya.

Apabila Syed mendapat tahu tentang produk MKD Bio-Asli, beliau mengambil keputusan untuk mencuba produk MKD Bio-Asli dari stokis yang berdekatan iaitu Haji Mastor dari Kapar, Perak dan telah mendapatkan produk tersebut setiap bulan. Ketika ditanya mengapa Syed membeli produk tersebut setiap bulan, beliau menerangkan bahawa keadaan penyakit yang dialaminya sangat teruk dan ini adalah sebagai satu ikhtiar beliau untuk sembuh. Beliau telah mengambil MKD + Habbatus Sauda' 1 sudu pagi dan 1 sudu malam tetapi keadaan penyakitnya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. Justeru itu, beliau telah menambah dos dengan meminum 4 sudu MKD + HS pada waktu pagi dan 4 sudu pada waktu malam.

Beliau berasa agak terkejut apabila sakit migrainnya langsung hilang, seperti suatu keajaiban telah berlaku. Beliau berasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana sudah pulih daripada penderitaan itu. Kini, beliau tetap mengamalkan pengambilan MKD + HS sebagai makanan tambahan.

1 comment:

msoleh-HPA said...

ANDA KENA MENCUBA BARU ANDA TAHU ..